Simbol Chiang Mai (wilayah)

Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula.

Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).